Latar Belakang


Latar Belakang dan Peranan CIO

LATAR BELAKANG:

Unit Perkhidmatan Komputer (sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri) diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti pemprosesan data dan pembangunan sistem. Pada masa itu, tenaga dan pakar Teknologi Maklumat terhad kepada sokongan teknikal dan pengoperasian sahaja. Penggunaan Teknologi Maklumat di dalam sektor awam di Sabah bermula pada akhir tahun 1977 apabila "State Public Sector IT Master Plan"(1997) dan "Reinventing Government" (1999) memberi ruang kepada Teknologi Maklumat untuk berkembang pesat di sektor awam. Inisiatif kerajaan negeri pada tahun 1990an dengan pelancaran "Outline Perpective Plan of Sabah" (1995), AGINT di setiap agensi kerajaan.

Kriteria utama para AGINT ini adalah kakitangan yang mempunyai minat dalam Teknologi Maklumat dan berupaya melaksanakan tugas - tugas separa teknikal yang diperlukan. Namun begitu, timbul permasalahan di mana, hala tuju agensi tidak seimbang dengan penggunaan Teknologi Maklumat yang sedia ada. Untuk menampung keperluan ini, kerajaan negeri telah melantik seorang Agen Galakan IT atau lebih dikenali dengan "CIO" dan pelaksanaan Teknologi Maklumat di agensi kerajaan adalah seiring dengan hala tuju agensi terbabit.

Pada 25 September 2003, Surat Pekeliling telah dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) bagi penamaan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di setiap Agensi Kerajaan Negeri Sabah. Seiringan dengan itu, kerajaan menyedari bahawa seorang penyelaras diperlukan untuk memastikan embangunan terhadap semua aspek Teknologi Maklumat agensi dan menyelaraskannya dengan strategi bisnes agensi. Pegawai kanan ini terlibat di dalam mesyuarat pengurusan dan berupaya mempengaruhi polisi dan perancangan strategik/hala tuju agensi.


PERANAN CIO:

Menjadi Pengerusi Jawatankuasa ICT agensi.

Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang dapat membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

Bertanggungjawab melantik ahli-ahli jawatankuasa ICT agensi yang terdiri daripada kalangan pegawai/ kakitangan bukan teknikal ICT. Selain daripada itu, Pegawai teknikal ICT dari Kumpulan Sokongan IT (KSIT) berkenaan haruslah dilantik menganggotai ahli jawatankuasa ICT agensi. Ini bertujuan agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk memberi perkhidmatan teknikal ICT Yang cekap dan berkesan.